10 June 2014

SENI TEMPUR SILAT DIIRINGI OLEH MUZIK BAKU DIPERTANDINGKAN TAHUN 2014

10 Jun 2014 : Seni Tempur Silat

Seni Tempur Silat Lelaki diiringi dengan Muzik Baku
Kotinjen Kelantan mendahului pertandingan Seni Tempur Silat lelaki sekolah menengah (SM) pada sesi petang di mana Muzik Baku menjadi teras dalam pertandingan ini.

Muzik Baku mengirini pertandingan Seni Tempur Silat



Buletin Silat Kebangsaan 

SENI JURUS SILAT KATEGORI PEREMPUAN DIIRINGI OLEH MUZIK TEMPATAN

10 Jun 2014: Muzik Tempatan dipertandingkan

Seni Jurus Silat (Puteri)
Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014 diteruskan dengan Seni Jurus Silat Perempuan sekolah rendah (SR). Selepas itu diikuti dengan Seni Jurus Silat Perempuan sekolah menengah (SM) dengan iringan Muzik Silat Tempatan yang dipertandingkan.
Muzik Tempatan mengiringi Seni Jurus Silat Perempaun SM
Muzik Silat Tempatan dipersembahkan oleh tidak lebih dari 5 orang peserta (lelaki dan perempuan), menggunakan tidak lebih daripada 7 alat muzik tradisional. Alat Muzik Wajib adalah Gendang Ibu, Gendang Anak dan Gong. 

JURUS KONTINJEN PERTAMA KALI DIPERTANDINGKAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN

9 Jun 2014 : Dewan Seri Penawar, SM Sains Kota Tinggi.
Giliran Pertama Jurus Kontinjen - Kedah
Buat pertama kalinya kategori Jurus Kontinjen dipertandingkan pada Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2014 yang dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Kota Tinggi.

Persembahan pertandingan yang lengkap adalah terbahagi kepada 3 kategori sekolah menengah, 3 kategori sekolah rendah dan 2 kategori muzik (campuran sekolah menengah dan rendah) ditambah dengan satu lagi kategori iaitu Jurus Kontinjen yang terdiri daripada 20 orang pesilat.

KATEGORI
NAMA KATEGORI
CORAK PERSEMBAHAN
I
Seni Tari Silat
(Menengah / Rendah)
Dipersembahkan oleh seorang peserta. (Lelaki atau perempuan)
II
Seni Tempur Silat
(Menengah / Rendah)
Dipersembahkan oleh dua orang peserta. (Lelaki atau perempuan)
III
Seni Jurus Silat
(Menengah / Rendah)
Dipersembahkan oleh empat orang peserta. (Perempuan sahaja)
lV
Gendang Silat Tempur KPM
Dipersembahkan oleh tidak lebih dari lima orang peserta (lelaki dan perempuan)
Hanya melibat 4 alat muzik sahaja aiatu Serunai, Gendang Ibu, Gendang Anak dan Gong
VI
Muzik Silat Tempatan
Dipersembahkan oleh tidak lebih dari lima orang peserta (lelaki dan perempuan)
Mengguna tidak lebih daripada 7 alat muzik tradisonal.
Alat Muzik Wajib adalah Gendang Ibu, Gendang Anak dan Gong

Buletin Silat disediakan untuk menggambarkan suasana yang berlaku di SM Sains, BAndar Penawar, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.
Buletin Silat





PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

LAMAN BLOG PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014

LAMAN BLOG PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014
Banner disediakan oleh SMK Bandar Tenggara 2, Kulaijaya