12 June 2014

TAHNIAH JOHOR MENGEKALKAN KEJUARAAN DI GELANGGANG SENDIRI

12 Jun 2014 : Johor Johan Keseluruhan

Johan keseluruhan peringkat kebangsaan 2014
Johor dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan Seni Silat Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014 apabila meraih 4 Emas, 1 Perak dan 2 Gangsa. Penyampaian hadiah dan sijil disempurnakan oleh Tuan Haji Yasman Jamsir, wakil rasmi Pengarah Pendidikan Johor.

Dua pingat Emas diperolehi daripada kategori Seni Jurus Silat lelaki dan perempuan sekolah rendah, dua pingat Emas lagi daripada Seni Jurus Silat lelaki dan perempuan sekolah menengah. Sekali gus kotinjen Johor menjadi Johan Keseluruhan sekolah rendah dan Johan Keseluruhan sekolah menengah Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan.

Sarawak merupakan negeri kedua yang mencapai kejayaan cemerlang apabila memperolehi 2 pingat Emas, 3 Perak dan 1 Gangsa. Dua pingat Emas yang diperolehinya adalah daripada kategori Seni Tari Silat dan Muzik Tempatan perempuan sekolah menengah.

Selangor juga memberi saingan yang hebat apabila memperolehi 2 Emas, 1 Perak dan 3 Gangsa. Emas pertamanya diperolehi daripada kategori Seni Tempur Silat perempuan sekolah rendah. Emas kedua daripada kategori Jurus Kotinjen yang baru dipertandinkan tahun ini.

Kedah memperolehi 2 Emas daripada kategori Seni Tempur Silat lelaki dan perempuan sekolah rendah dan sekolah menengah masing-masing. Manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memperolehi 1 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa. Emas pertamanya diperolehi daripada kategori Seni Tari Silat perempuan sekolah rendah.

Pahang, Perlis, Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Perak  mendapat 1 pingat Emas masing-masing sepanjang pertandingan yang berlangsung selama 4 hari berturut-turut di Sekolah Menengah Sains, Bandar Penawar,  Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.

Link ke Majlis Penyampaian Hadiah
JOHOR- Johan Keseluruhan Sekolah Menengah

JOHOR - Johan Keseluruhan Sekolah Rendah


Kontinjen Johor Darul Takzim
Link ke Pencapaian Johor


MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH

12 Jun 2014 : Dewan Seri Penawar

Pengacara Majlis
Foto oleh Mohd Alif Md Noh
Juruacara Majlis Penutupan Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014 dikendalikan oleh  Ali Asyraf Mohamad dan Haslina Abd Rahman.

Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah

1. Sijil Penghargaan Juri
 
En. Ramly Rasul, Pengerusi Teknik Silat Kebangsaan
2.0 Sijil Penyertaan & Cenderamata
   
Ketua Kontinjen Johor
3.0  Sijil Penghargaan & Cenderamata Pembuka dan Penutup Gelanggang
     
E. Zuhaili Shafie
4.0 Cenderamata kepada tuan rumah
   
Pengetua SM Sains, Kota Tinggi
5.0 Penyampaian Hadiah Kemenangan

Pemenang-pemenang setiap kategori












Link ke MENU UTAMA



MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

12 Jun 2014 : Dewan Seri Penawar, Kota Tinggi


Video ucapan perasmian penutup

Tuan Hj Yasman Jamsir

Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014 melaburkan tirainya apabila Tuan Haji Yasman Jamsir wakil rasmi Pengarah Pendidikan Johor menyampaikan ucapan serta menutup rasmi Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2014 itu di Dewan Seri Penawar, SM Sain Kota Tinggi, Johor

Dalam ucapan beliau, matlamat utama pertandingan ini diadakan ialah untuk menyemai dan mengukuhkan rasa cinta para pesilat terhadap warisan budaya bangsa serta melahirkan generasi yang berdikari, bersikap positif, sabar dan berani menghadapi cabaran dan yakin pada diri sendiri.

Terima kasih yang tidak terhingga beliau ucapkan kepada semua jawatankuasa induk, jawatankuasa kerja, Pengarah- pengarah Pendidikan Negeri, Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Johor, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi serta yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan pertandingan ini dari awal hingga akhirnya.

Turut hadir dalam majlis penutupan itu ialah Tuan Haji Rashid Jamean, Penolong Pengarah Unit Kokurikulum, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Tuan Haji Kamarudin Mohd Tahir, Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Encik Ramly Rasul, Pengerusi Pegawai Teknikal Silat Kebangsaan, pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri, Pengetua-pengetua, Guru Besar- guru besar, barisan Pegawai Teknikal Silat, Juri-juri pertandingan Silat Seni Peringkat Kebangsaan, Ketua-ketua kontinjen negeri, pegawai-pegawai pasukan dan jurulatih serta guru-guru pengiring.

Penyampaian sijil kepada Pengerusi Teknik Kebangsaan

Sedang dikemaskini...

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA OLEH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

12 Jun 2014 : Krew Multimedia, PPD Kota Tinggi


KREW MULTIMEDIA, PPD KOTA TINGGI
1. Encik Zainal bin Sarijan
2. Encik Zamzure bin Yusop
3. Encik Mohd Iskandar bin Abdul Razak
4. Encik Mohd Adib bin Izwan Hadi Wong
5. Encik Mohd Arif bin Adam
6. Encik Mohd Nazri bin Zaini
7. Encik Hazli bin Suhaimi
8. Encik Mohd Zabir bin Md Zaid

PERSEMBAHAN MANTAP DARI GESEKAN VIOLIN, DRAMA TEATER DAN PASUKAN SILAT NEGERI JOHOR

12 Jun 2014: PPD Kota Tinggi


Persembahan Violin
oleh Aqmal Danial Hashim, SMK Tasek Utara, Johor Bahru

Foto oleh Mohd Aliff Md Noh dan Hamzah Hamdan
Rakaman video oleh Mohd Yazmi Sanip (mys)

PERSEMBAHAN SEBELUM MAJLIS PENUTUP

12 Jun 2014 : Dewan SM Sains, Kota Tinggi

PERSEDIAAN MAJLIS PENUTUPAN

12 Jun 2014 : Dewan SM Sains Kota Tinggi


Sedang dikemaskini....

11 June 2014

PARA JURI MENAMATKAN TUGAS DENGAN CEMERLANG

11 Jun 2014 : Pertandingan Silat Seni Peringkat Kebangsaan

Pengerusi Teknik Kebangsaan, Ramly Rasul,
(ketiga dari kanan)
Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014 yang berlangsung selama 5 hari bermula pada 8 hingga 12 Jun 2014 berjaya dilaksanakan dengan komitment yang diberikan oleh semua juri.
Buletin Pertandingan Silat Seni

Berbincang dengan juri
Barisan Juri Kebangsaan

SENI TEMPUR SILAT LELAKI SEKOLAH RENDAH MENGAKHIRI SESI PERTANDINGAN

11 Jun 2014: Dewan SM Sains Kota Tinggi
Seni Tempur Silat lelaki sekolah rendah 
Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan yang berlangsung 4 hari berakhir hari ini dengan acara Seni Tempur Silat kategori sekolah rendah.

Pulau Pinang mendapat undian tempat pertama dalam pertandingan ini. Diikuti oleh pesilat-pesilat dari negeri Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Pahang , Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sarawak, Kelantan, Sabah, Wilayan Persekutuan Labuan, Melaka dan diakhiri dengan Johor.

Sokongan padu dari penyokong-pengokong kontinjen Johor dengan nyanyian 'Luaskan Kuasamu' menyemarakkan lagi suasana pertandingan.

Penyokong-penyokong Johor
Acara selepas itu ialah raptai untuk Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan akan bermula 9.00 pagi esok, kemudian semua kontinjen negeri akan dibawa oleh pegawai pengiring masing-masing ke tempat bersejarah di negeri Johor.

TAJAAN MILO

SELANGOR

Kotinjen Selangor
Kotinjen Selangor
PENCAPAIAN : 2 EMAS, 1 PERAK DAN 3 GANGSA   


BIL


KATEGORI

PEMENANG

NEGERI

1
Seni Tempur Silat Perempuan
 Sekolah Rendah
Johan
SELANGOR





2

Seni Jurus Silat Perempuan
 Sekolah Rendah
Ketiga
SELANGOR





3

Seni Jurus Silat Lelaki
 Sekolah Rendah
Naib Johan
SELANGOR





4

Seni Jurus Silat Perempuan
 Sekolah Menengah
Ketiga
SELANGOR





5
Muzik Tempur Silat Perempuan
KPM - Muzik Tempatan
Ketiga
SELANGOR




6
Juruz Kontijen
Johan
SELANGOR

10 June 2014

SENI TEMPUR SILAT DIIRINGI OLEH MUZIK BAKU DIPERTANDINGKAN TAHUN 2014

10 Jun 2014 : Seni Tempur Silat

Seni Tempur Silat Lelaki diiringi dengan Muzik Baku
Kotinjen Kelantan mendahului pertandingan Seni Tempur Silat lelaki sekolah menengah (SM) pada sesi petang di mana Muzik Baku menjadi teras dalam pertandingan ini.

Muzik Baku mengirini pertandingan Seni Tempur Silat



Buletin Silat Kebangsaan 

SENI JURUS SILAT KATEGORI PEREMPUAN DIIRINGI OLEH MUZIK TEMPATAN

10 Jun 2014: Muzik Tempatan dipertandingkan

Seni Jurus Silat (Puteri)
Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014 diteruskan dengan Seni Jurus Silat Perempuan sekolah rendah (SR). Selepas itu diikuti dengan Seni Jurus Silat Perempuan sekolah menengah (SM) dengan iringan Muzik Silat Tempatan yang dipertandingkan.
Muzik Tempatan mengiringi Seni Jurus Silat Perempaun SM
Muzik Silat Tempatan dipersembahkan oleh tidak lebih dari 5 orang peserta (lelaki dan perempuan), menggunakan tidak lebih daripada 7 alat muzik tradisional. Alat Muzik Wajib adalah Gendang Ibu, Gendang Anak dan Gong. 

JURUS KONTINJEN PERTAMA KALI DIPERTANDINGKAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN

9 Jun 2014 : Dewan Seri Penawar, SM Sains Kota Tinggi.
Giliran Pertama Jurus Kontinjen - Kedah
Buat pertama kalinya kategori Jurus Kontinjen dipertandingkan pada Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2014 yang dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Kota Tinggi.

Persembahan pertandingan yang lengkap adalah terbahagi kepada 3 kategori sekolah menengah, 3 kategori sekolah rendah dan 2 kategori muzik (campuran sekolah menengah dan rendah) ditambah dengan satu lagi kategori iaitu Jurus Kontinjen yang terdiri daripada 20 orang pesilat.

KATEGORI
NAMA KATEGORI
CORAK PERSEMBAHAN
I
Seni Tari Silat
(Menengah / Rendah)
Dipersembahkan oleh seorang peserta. (Lelaki atau perempuan)
II
Seni Tempur Silat
(Menengah / Rendah)
Dipersembahkan oleh dua orang peserta. (Lelaki atau perempuan)
III
Seni Jurus Silat
(Menengah / Rendah)
Dipersembahkan oleh empat orang peserta. (Perempuan sahaja)
lV
Gendang Silat Tempur KPM
Dipersembahkan oleh tidak lebih dari lima orang peserta (lelaki dan perempuan)
Hanya melibat 4 alat muzik sahaja aiatu Serunai, Gendang Ibu, Gendang Anak dan Gong
VI
Muzik Silat Tempatan
Dipersembahkan oleh tidak lebih dari lima orang peserta (lelaki dan perempuan)
Mengguna tidak lebih daripada 7 alat muzik tradisonal.
Alat Muzik Wajib adalah Gendang Ibu, Gendang Anak dan Gong

Buletin Silat disediakan untuk menggambarkan suasana yang berlaku di SM Sains, BAndar Penawar, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.
Buletin Silat





9 June 2014

PENYERAHAN KERIS KUASA PADA MAJLIS PEMBUKA PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

9 Jun 2014 : Dewan Seri Penawar, SM Sains, Bandar Penawar Kota Tinggi

Penyerahan Keris Kuasa kepada Pengerusi Teknik Silat Kebangsaan
Foto oleh Mohd Yazmi Sanip (mys)
Silat di Malaysia dipercayai berusia 403 tahun di mana pengajaran dan pembelajarannya diwarisi dari generasi ke generasi sehinggalah ke hari ini. Segala keaslian budaya silat seperti cara berpakaian, langkah gerak, istiadat dan lain-lain terus dipelihara.

Pada Majlis Pembukaan Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014, Tuan Hj Yasman bin Jamsir,  Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan penuh istiadat budaya persilatan Melayu menyerahkan Keris Kuasa kepada Ramli bin Rasul, selaku Pengerusi Teknik Silat Kebangsaan di hadapan enam ratus pesilat-pesilat dari pelusuk tanah air.

Sejumlah 38 pesilat dari 16 kotinjen negeri masing-masing mengambil bahagian pada tahun ini. Ianya terdiri daripada kontinjen negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak.

Turut hadir dalam majlis yang penuh istiadat itu ialah Encik Nazar Mamat, Penolong Pengarah Pasukan Badan Beruniform, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Tuan Hj Kamarudin Mohd Tahir, Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Encik Rosli Tumiran, Penyelia Kanan Kokurikulum dan Encik Halim Sulong, Penyelia Kokurikulum daerah Kota Tinggi.
Majlis Penyerahan Keris Kuasa
Video Gimik
Majlis Pembuka Gelanggang
Foto oleh Hamzah Hamdan dan  Mohd Alif  Md Noh

Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014

1. Gimik Penyerahan Keris Kuasa

Gimik Penyerahan Keris Kuasa

    oleh Persatuan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia (Johor).
    



Rakaman oleh alonganja
Krew  Laman Blog: http://silatjohor.blogspot.com

PERSIAPAN TERAKHIR SEBELUM MAJLIS PEMBUKAAN GELANGGANG

9 Jun 2014 : Dewan SM Sains, Kota Tinggi
Persiapan akhir sebelum Majlis Pembukaan Gelanggang
Jawatankuasa sambutan dan JK lain

PENYESUAIAN GELANGGANG PERTANDINGAN

8 Jun 2014 : Pesilat-pesilat di gelanggang pertandingan
Penyesuaian gelanggang pertandingan

KOLEJ VOKASIONAL JOHOR BAHRU MENCIPTA 'GIMIK' MAJLIS PENYERAHAN KERIS KUASA PERTANDINGAN SILAT SENI KEBANGSAAN 2014

8 Jun 2014 : Dewan SM Sains Kota Tinggi

Tenaga pakar SM Vokasional Tanjung Puteri, Johor Bahru
Penyerahan Keris Kuasa dalam bentuk 'gimik' yang dicipta dan diusahakan oleh guru-guru SM Vokasional, Tanjung Puteri, Johor Bahru sempena Majlis Perasmian Pembukaan Gelanggang Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2014,bertempat di Dewan SM Sains Kota Tinggi.

Mereka terdiri daripada :-
1. Tuan Hj Hashim bin Ahmad
2. Yaakub Azhari bin Hj Safari
3. Muhamad Khairee bin Mohd Khalid
4. Mohd Khalid bin Darmi

URUS SETIA MENGURUSKAN PENDAFTARAN 16 KONTINJEN

8 Jun 2014 : Asrama SM (A) Bandar Penawar dan SM Sains Kota Tinggi


Urus setia dan Jawatankuasa Pertandingan

Maklumat Penginapan dan Senarai Nama Pegawai (LO)


NEGERI
PENGINAPAN
PEGAWAI RUJUKAN (LO)
 Terengganu
Asrama
SMK(A) Bandar Penawar
Encik Saidin bin Rahmad
 Putrajaya
Encik Azmi bin Imran
 Pahang
Puan Norizan binti Mohamad
 Sabah
Encik Mohamad Nizam bin Abdul Majid          
 Melaka
Puan Haryati binti Abdul Hamid   
 Perak
Encik Mohamad Najib bin Mohamed Dom
 Negeri
 Sembilan
Puan Asiah binti Mohd Uzir  
 Perlis
Encik Baharudin bin Baharom
 Johor
Asrama
SM Sains Kota Tinggi
Tuan Haji Ishak bin Ismail
 Sarawak
Encik Rahman bin Salleh
 Kedah
Tuan Syed Abd Razib b. Syed Abd Majid
 Selangor
Encik Nor Azan bin Hamin
 Kelantan
Encik Muhamad Mahiyuddin bin Ramli
 W.P. Kuala
 Lumpur
Puan Hajah Rosiah binti Ahmad 
 W.P. Labuan
Encik Mohd Salleh bin Buyamin   
 Pulau Pinang
Tuan Haji Ja’afar bin Hassan     
 Juri
Bayu Balau Resort
Encik Arifin bin Mohamed Ali     

Tuan Haji Zulkifli bin Haji Mohamed (K)         

JK Persiapan pentas
JK Hiasan Pentas dan Kebersihan

En Hishamuddin Bin Hashim , GB Sekolah Kebangsaan Bandar Mas.
Pn. Siti Rosmah bint Mohamed
Pn. Umi Kalthom binti Ibrahim
Pn. Surita binti Parian
Pn. Norashikin binti Abu Bakar

PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

LAMAN BLOG PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014

LAMAN BLOG PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014
Banner disediakan oleh SMK Bandar Tenggara 2, Kulaijaya