19 May 2014

PENDAHULUAN

Banner Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Malaysia 2014
1.0               PENDAHULUAN

1.1
Silat di Malaysia dipercayai berusia 403 tahun di mana pengajaran dan pembelajarannya diwarisi dari generasi ke generasi sehinggalah ke hari ini. Sedaya yang boleh, segala keaslian budaya silat seperti cara berpakaian, langkah gerak, istiadat dan lain-lain akan terus dipelihara.

1.2
Pada tahun ini Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi mandat dan kepercayaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk mengelolakan Pertandingan  Silat Seni Sekolah-Sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan.


2.0               MATLAMAT

2.1
Untuk menyemai dan mengukuhkan rasa cinta para pelajar terhadap warisan budaya bangsa.
2.2
Untuk melahirkan generasi yang berdikari, bersikap positif, sabar dan berani menghadapi cabaran dan yakin pada diri.
2.3
Menyediakan pelbagai aktiviti silat di sekolah.

3.0               OBJEKTIF

3.1               Menguji tahap pencapaian diri pelajar dalam Kokurikulum Seni Bela Diri serta menguji kemampuan pelajar dalam menghayati seni silat sebagai warisan budaya bangsa.
3.2               Menerapkan nilai-nilai murni melalui falsafah persilatan kepada generasi kini untuk mencapai aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3.3               Untuk menanam semangat kesukanan yang positif, memupuk semangat kerjasama dan toleransi.

4.0        TEMA  
           
4.1       SILAT UNTUK SEMUA
            Tema ini memberi gambaran bahawa melalui silat boleh mendidik dan membentuk semangat integrasi kaum dan bangsa dalam negara ini.

PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

LAMAN BLOG PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014

LAMAN BLOG PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014
Banner disediakan oleh SMK Bandar Tenggara 2, Kulaijaya