9 June 2014

PENYERAHAN KERIS KUASA PADA MAJLIS PEMBUKA PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

9 Jun 2014 : Dewan Seri Penawar, SM Sains, Bandar Penawar Kota Tinggi

Penyerahan Keris Kuasa kepada Pengerusi Teknik Silat Kebangsaan
Foto oleh Mohd Yazmi Sanip (mys)
Silat di Malaysia dipercayai berusia 403 tahun di mana pengajaran dan pembelajarannya diwarisi dari generasi ke generasi sehinggalah ke hari ini. Segala keaslian budaya silat seperti cara berpakaian, langkah gerak, istiadat dan lain-lain terus dipelihara.

Pada Majlis Pembukaan Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014, Tuan Hj Yasman bin Jamsir,  Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan penuh istiadat budaya persilatan Melayu menyerahkan Keris Kuasa kepada Ramli bin Rasul, selaku Pengerusi Teknik Silat Kebangsaan di hadapan enam ratus pesilat-pesilat dari pelusuk tanah air.

Sejumlah 38 pesilat dari 16 kotinjen negeri masing-masing mengambil bahagian pada tahun ini. Ianya terdiri daripada kontinjen negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak.

Turut hadir dalam majlis yang penuh istiadat itu ialah Encik Nazar Mamat, Penolong Pengarah Pasukan Badan Beruniform, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Tuan Hj Kamarudin Mohd Tahir, Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Encik Rosli Tumiran, Penyelia Kanan Kokurikulum dan Encik Halim Sulong, Penyelia Kokurikulum daerah Kota Tinggi.
Majlis Penyerahan Keris Kuasa
Video Gimik
Majlis Pembuka Gelanggang
Foto oleh Hamzah Hamdan dan  Mohd Alif  Md Noh

Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014

1. Gimik Penyerahan Keris Kuasa

Gimik Penyerahan Keris Kuasa

    oleh Persatuan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia (Johor).
    



Rakaman oleh alonganja
Krew  Laman Blog: http://silatjohor.blogspot.com

PERSIAPAN TERAKHIR SEBELUM MAJLIS PEMBUKAAN GELANGGANG

9 Jun 2014 : Dewan SM Sains, Kota Tinggi
Persiapan akhir sebelum Majlis Pembukaan Gelanggang
Jawatankuasa sambutan dan JK lain

PENYESUAIAN GELANGGANG PERTANDINGAN

8 Jun 2014 : Pesilat-pesilat di gelanggang pertandingan
Penyesuaian gelanggang pertandingan

KOLEJ VOKASIONAL JOHOR BAHRU MENCIPTA 'GIMIK' MAJLIS PENYERAHAN KERIS KUASA PERTANDINGAN SILAT SENI KEBANGSAAN 2014

8 Jun 2014 : Dewan SM Sains Kota Tinggi

Tenaga pakar SM Vokasional Tanjung Puteri, Johor Bahru
Penyerahan Keris Kuasa dalam bentuk 'gimik' yang dicipta dan diusahakan oleh guru-guru SM Vokasional, Tanjung Puteri, Johor Bahru sempena Majlis Perasmian Pembukaan Gelanggang Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2014,bertempat di Dewan SM Sains Kota Tinggi.

Mereka terdiri daripada :-
1. Tuan Hj Hashim bin Ahmad
2. Yaakub Azhari bin Hj Safari
3. Muhamad Khairee bin Mohd Khalid
4. Mohd Khalid bin Darmi

URUS SETIA MENGURUSKAN PENDAFTARAN 16 KONTINJEN

8 Jun 2014 : Asrama SM (A) Bandar Penawar dan SM Sains Kota Tinggi


Urus setia dan Jawatankuasa Pertandingan

Maklumat Penginapan dan Senarai Nama Pegawai (LO)


NEGERI
PENGINAPAN
PEGAWAI RUJUKAN (LO)
 Terengganu
Asrama
SMK(A) Bandar Penawar
Encik Saidin bin Rahmad
 Putrajaya
Encik Azmi bin Imran
 Pahang
Puan Norizan binti Mohamad
 Sabah
Encik Mohamad Nizam bin Abdul Majid          
 Melaka
Puan Haryati binti Abdul Hamid   
 Perak
Encik Mohamad Najib bin Mohamed Dom
 Negeri
 Sembilan
Puan Asiah binti Mohd Uzir  
 Perlis
Encik Baharudin bin Baharom
 Johor
Asrama
SM Sains Kota Tinggi
Tuan Haji Ishak bin Ismail
 Sarawak
Encik Rahman bin Salleh
 Kedah
Tuan Syed Abd Razib b. Syed Abd Majid
 Selangor
Encik Nor Azan bin Hamin
 Kelantan
Encik Muhamad Mahiyuddin bin Ramli
 W.P. Kuala
 Lumpur
Puan Hajah Rosiah binti Ahmad 
 W.P. Labuan
Encik Mohd Salleh bin Buyamin   
 Pulau Pinang
Tuan Haji Ja’afar bin Hassan     
 Juri
Bayu Balau Resort
Encik Arifin bin Mohamed Ali     

Tuan Haji Zulkifli bin Haji Mohamed (K)         

JK Persiapan pentas
JK Hiasan Pentas dan Kebersihan

En Hishamuddin Bin Hashim , GB Sekolah Kebangsaan Bandar Mas.
Pn. Siti Rosmah bint Mohamed
Pn. Umi Kalthom binti Ibrahim
Pn. Surita binti Parian
Pn. Norashikin binti Abu Bakar

TAKLIMAT JURI DAN PEGAWAI TEKNIKAL PERTANDINGAN SILAT SENI

7 Jun 2014 : Bandar Penawar
Taklimat Juri dan Pegawai Teknikal

Ikatan siratulrahim terjalin semasa makan malam


Sila muat turun fail Jadual pertandingan dan giliran kontinjen mengikut kategori iaitu Seni Tari Silat, Seni Tempur Silat, Seni Jurus Silat dan Jurus Kontinjen
1. Jadual Bertanding
2. Giliran Masuk Gelanggang

PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

LAMAN BLOG PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014

LAMAN BLOG PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014
Banner disediakan oleh SMK Bandar Tenggara 2, Kulaijaya