Johan keseluruhan peringkat kebangsaan 2014 |
Sarawak merupakan negeri kedua yang mencapai kejayaan cemerlang apabila memperolehi 2 pingat Emas, 3 Perak dan 1 Gangsa. Dua pingat Emas yang diperolehinya adalah daripada kategori Seni Tari Silat dan Muzik Tempatan perempuan sekolah menengah.
Selangor juga memberi saingan yang hebat apabila memperolehi 2 Emas, 1 Perak dan 3 Gangsa. Emas pertamanya diperolehi daripada kategori Seni Tempur Silat perempuan sekolah rendah. Emas kedua daripada kategori Jurus Kotinjen yang baru dipertandinkan tahun ini.
Kedah memperolehi 2 Emas daripada kategori Seni Tempur Silat lelaki dan perempuan sekolah rendah dan sekolah menengah masing-masing. Manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memperolehi 1 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa. Emas pertamanya diperolehi daripada kategori Seni Tari Silat perempuan sekolah rendah.
Pahang, Perlis, Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Perak mendapat 1 pingat Emas masing-masing sepanjang pertandingan yang berlangsung selama 4 hari berturut-turut di Sekolah Menengah Sains, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.
Link ke Majlis Penyampaian Hadiah
JOHOR- Johan Keseluruhan Sekolah Menengah |
JOHOR - Johan Keseluruhan Sekolah Rendah |
Kontinjen Johor Darul Takzim Link ke Pencapaian Johor |